PETALING JAYA - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) merai pihak media dalam acara ‘MPC & Media Bowling Friendly Match 2018’ semalam.

Pada tahun kedua pelaksanaannya itu, program kali ini menerima 28 penyertaan dengan 112 orang peserta dari pelbagai agensi.

Juara pertandingan bowling kali ini dimenangi Metro Rangers dengan 2016 jatuhan pin, naib juara milik News TV3 dengan 1933 jatuhan pin dan Bernama dengan 1875 jatuhan pin.

Timbalan Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata penganjuran program itu dapat mengeratkan silaturahim antara pihak media dengan kakitangan MPC.

“Tahun ini merupakan kali ke-2 MPC menganjurkan pertandingan boling bersama pihak media.

“Penganjuran program hari ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim antara kita tetapi  juga merupakan tanda penghargaan MPC kepada pihak media yang sentiasa menyokong MPC dalam mempromosi peranan, aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan MPC kepada masyarakat,” katanya ketika merasmikan majluis tersebut di sini, semalam.