KIRA-KIRA 80 peratus golongan dewasa mengalami kesakitan pada bahagian bawah belakang badan dalam hayat mereka (Source: National Institute of Neurological Disorders and Stroke) dan salah satu punca masalah sakit belakang yang berkaitan kerja adalah posisi duduk yang tidak betul.

Prihatin terhadap perkara berkenaan, Jon Lai memulakan Kiper dan berusaha untuk menangani masalah sakit belakang, ketegangan bahu dan sehingga tahap tertentu, scoliosis.

Sehubungan itu, Kiper Sdn Bhd telah melancarkan dua produk - Pendakap Bahagian Bawah Belakang Badan Kiper Essentials dan Pembetul Bahu Kiper Essentials, kedua-dua membantu menegakkan bahagian atas dan bawah belakang badan serta bahu.

Pendakap Bahagian Bawah Belakang Badan Kiper Essentials direka untuk menjadikan tempat duduk pengguna bersifat ergonomik, menggalakkan kedudukan duduk yang lebih sihat bagi manfaat tulang belakang dan membantu melegakan sakit belakang selepas menggunakannya.

Sementara itu, Pembetul Bahu Kiper Essentials, pembetul bahu yang pertama direka oleh pakar ortopedik di Malaysia, membantu menjajarkan bahagian bahu ke posisi semula jadi dan menghalang bongkok. Sungguhpun kedua-dua produk direka untuk digunakan secara bersama, namun ia juga boleh digunakan secara berasingan, bergantung kepada keperluan pengguna.

Master Datuk Dr Chris Leong, salah seorang tokoh terkemuka dalam prosedur penetapan tulang di Malaysia, menyatakan sokongan beliau terhadap kedua-dua produk dan mengesyorkan kedua-duanya digunakan selama sekurang-kurangnya 15 minit sehari bagi mendapatkan kesan maksimum.

Beliau merupakan Pengasas Chris Leong Method (CLM), sebuah syarikat yang berdedikasi dalam membantu mengurangkan ketidakselesaan tulang belakang dengan menggunakan kaedah penetapan tulang tradisional.

“Postur badan yang baik adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan individu. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai postur badan yang lemah atau mengalami sakit belakang, disebabkan oleh posisi duduk yang tidak betul atau badan condong semasa mengguna komputer.

"Oleh itu, kami percaya bahawa Pendakap Bahagian Bawah Belakang Badan Kiper Essentials dan Pembetul Bahu Kiper Essentials akan membantu lebih ramai orang untuk melatih semula otot mereka supaya mengekalkan kedudukan tegak tanpa banyak usaha dan menguatkan bahagian atas dan bawah belakang badan serta bahu,” kata Dr Chris Leong.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Kiper dan produknya, sila layari https://kiper.store/ dan https://www.facebook.com/KiperStore.