QuranHour | Anugerah Kecemerlangan Islam (AKI)
News Press Release

QuranHour | Anugerah Kecemerlangan Islam (AKI)

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

World #QuranHour telah dicalonkan sebagai salah satu penerima anugerah Ibn Rushd dalam Anugerah Kecemerlangan Islam (AKI) 1441H/2020M.
Mohon sokongan berterusan dari semua followers page ini untuk mengundi kami.

Boleh layari laman web ini:

IEA 1441H/2019AD People’s Choice Awards


Boleh ikuti langkah-langkah di dalam poster ya.
Jazakumullahu khayr!

Anugerah Ibn Rushd oleh Majlis Dakwah Negara diberikan kepada organisasi yang digerakkan di atas teras pembangunan komuniti dan sosial.
Penganugerahan adalah kepada organisasi yang berjaya melaksanakan inisiatif yang meluas dan mempunyai kesan signifikan terhadap peningkatan kehidupan masyarakat secara umum.

World #QuranHour merupakan kempen Berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal yang berimpak tinggi yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2016.

Pada tahun 2019 capaian di sosial media adalah sebanyak 1.4 billion dan lokasi perlaksanaan program yang berdaftar adalah sebanyak lebih 3,000 lokasi dalam Negara dan 300 lokasi di 76 buah negara.

Penghayatan al-Quran melalui Tadabbur dan Tazakkur diteruskan oleh pelbagai pihak termasuk Rumah Ngaji, Organisasi, sekolah, institusi pengajian, badan kerajaan dan bukan kerajaan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *