Simposium Keagungan Al-Quran
Press Release

Simposium Keagungan Al-Quran

Simposium Keagungan Al-Quran

Simposium pada kali ini di gerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan membawakan mesej Berinteraksi dengan al-Quran (Baca, Faham, Amal) melalui Misi al-Kahf. Julung kali diadakan sempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa yang ke-61.

World Convention Al-Kahf

Surah al-Kahf, Surah yang ke-18 dipilih untuk dihayati di sepanjang konvensyen berlangsung sebagai panduan umat menghadapi zaman yang penuh cabaran dan bersatu untuk membentuk ummah Berbudi dan Penyayang (A Nation of Compassion) dalam menangani dan melahirkan solusi terhadap 4 Cabaran Sejagat; cabaran keyakinan, harta, ilmu pengetahuan, dan kekuasaan. Dihasratkan usaha menghayati kandungan Al-Quran ini akan menjadi solusi ke arah kesejahteraan ummah seluruhnya, Inshaa Allah.

Seminar Wartawan Quran

Menulis dengan panduan dari al-Quran dan membentuk kerangka fikir penulis berdasarkan nilai-nilai dari al-Quran. Perbincangan cara penulisan Wartawan Quran yang bermatlamat melahirkan penulis yang cinta dan takut pada Allah istimewa buat semua Wartawan, Penulis, Blogger mahupun penulis-penulis di media sosial.

Seminar Al-Hafiz

Perkongsian teknik al-Hafiz iaitu teknik menghafal al-Quran dalam masa tiga jam, satu mukasurat. Fokus untuk kali ini adalah untuk hafal 10 ayat awal surah al-Kahfi.

“Barang siapa yang menghafaz sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim 809)

Seminar Amazing Al-Quran

….…. “Kami telah mendengar bacaan yang menakjubkan (al-Quran)”.

(Terjemahan Surah al-Jinn, ayat 1)

Membincangkan tentang kehebatan dan keajaiban al-Quran yang bukan sahaja menakjubkan di masa lalu malahan keajaiban al-Quran turut tetap dapat di rasa pada masa kini juga akan datang. Apabila menghayati keajaiban yang sebenarnya, ia akan membantu kita bermotivasi dalam segenap aspek kehidupan. Ketakjuban al-Quran sendiri disebut di dalam al-Quran:

Keagungan al-Quran

“(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami daripada sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”

(Terjemahan Surah al-Kahfi ayat 10)

Menghayati keagungan al-Quran sebagai solusi dalam keluarga dan organisasi. Dibawakan istimewa Pesan Ulama dari Indonesia iaitu Ustaz Bachtiar Nasir yang sangat berpengalaman dalam bidang tadabbur al-Quran. Turut sama diselitkan dengan perkongsian daripada pemimpin dan ketua keluarga juga organisasi tentang bagaimana Al-Quran & As-Sunnah dibudayakan sehingga melahirkan keystone habits untuk mewujudkan tingkah laku dan budaya yang baik dalam diri setiap individu.

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *