KOMBINASI pemain baharu dan berpengalaman yang dimiliki Harimau Malaya kini dilihat mampu menghadirkan kemenangan pada pertemuan pertama perlawanan akhir menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam misi memburu kejuaraan kali kedua Piala AFF Suzuki 2018.

Bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan berkata, prestasi serta corak permainan yang ditunjukkan kombinasi pemain baharu dan berpengalaman 'diadun' ketua jurulatih Tan Cheng Hoe sejak di peringkat kumpulan hingga ke separuh akhir adalah pada tahap terbaik dan amat menyakinkan.

Pemain berusia 39 tahun yang mewakili negara dari 2001–2014 itu turut optimis dengan corak permainan dan kemampuan ditunjukkan itu pasukan negara mampu melakar kemenangan malam ini untuk membawa bekalan selesa ke Hanoi pada pertemuan kedua Sabtu depan.

“Pemain yang beraksi Piala AFF Suzuki 2018 kali mempamerkan satu persembahan sangat baik dari segi permainan dalam padang, kawalan bola dan semangat berpasukan yang tinggi sejak perlawanan pertama hingga separuh akhir menumpaskan Thailand.

“Jika mereka mengekalkan aksi sebegini pasukan kebangsaan mampu meraih kejayaan menjulang piala dan saya mendoakan kejayaan kem negara,” katanya yang kali terakhir beraksi bersama Harimau Malaya ketika muncul naib juara kejohanan sama pada 2014 sebelum mengumumkan persaraan arena antarabangsa.

Shukor ditemui selepas majlis menandatangani kontrak bersama Melaka United di sini yang turut menyaksikan seorang lagi bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim turut menandatangani kontrak bersama skuad Hang Tuah itu

Sementara itu, Safiq berkata bermain di tempat sendiri satu motivasi kepada pemain kebangsaan dengan kehadiran penyokong setia mampu menjadi tonik kepada mereka memberikan persembahan terbaik.

Katanya, yang pernah mencipta sejarah merangkul kejuaraan Piala AFF 2010 buat pertama kali bersama skuad negara, pemain juga tidak perlu bimbang dengan Vietnam sebaliknya memberi komitmen tinggi selain mengikut 100 peratus arahan dan perancangan serta  taktikal ketua jurulatih.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan, buat yang terbaik dan kepada rakyat Malaysia kita perlu memberi mereka harapan serta sokongan selain berdoa supaya kejayaan mampu menyebelahi kita,” kata bekas pemain tengah negara itu.

Terdahulu, Malaysia mengulangi kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki setelah mengikat Thailand dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu lepas dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2014, namun tewas di tangan Thailand. - Bernama