KETUA Jurulatih Vietnam, Park Hang-Seo mengakui sokongan padu penyokong Malaysia memberikan kesukaran buat anak didiknya untuk berkomunikasi pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil,  malam ini.

Sambil mengharapkan pemainnya mampu mengatasi tekanan, Hang Seo tetap percaya saingan mampu diberikan pemainnya.

"Kami akui kehadiran penyokong memberi sedikit kesukaran, apa pun pemain diingatkan agar fokus dan tenang," jelasnya.

Memandangkan aksi timbal balik memberikan kelebihan jaringan tempat lawan, Hang Seo enggan meletakkan sebarang sasaran tinggi pada aksi malam ini.

"Saya enggan menjawab persoalan ini, " tegasnya.

Pelbagai tekanan dahsyat daripada puluhan ribu penyokong Malaysia pastinya dirasai pemain Vietnam melihat jualan tiket 80,000 yang habis dijual.

Vietnam dan Malaysia pernah bertemu di peringkat separuh akhir pertama Piala AFF 2014 dimana pelawat mengatasi Malaysia 2-1 pada aksi di Stadium Shah Alam sebelum Harimau Malaya bangkit menewaska Naga Emas,  2-4 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, sekali gus menyaksikan Harimau Malaya melangkah ke final dengan agregat 5-4.

Bagi edisi kali ini, Naga Emas mempamerkan persembahan cemerlang apabila masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan pernah menundukkan Malaysia 2-0 di peringkat kumpulan di Hanoi, bulan lalu.