News

Tabung #Sinar4NZMartyrs bantu mangsa tembak Christchurch
News

Tabung #Sinar4NZMartyrs bantu mangsa tembak Christchurch

Pelancaran Tabung Kecemasan #Sinar4NZMartyrs

Kita terkejut dan marah apabila nyawa 50 saudara kita melayang dan 20 yang lain pula cedera terkena tembakan pengganas dalam serangan di Masjid Al Noor & Linwood Masjid di Christchurch New Zealand pada Sabtu 15 Mac 2019 bersamaan 8 Rejab 1440H.

Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.

Airmata sengsara isteri, suami, anak dan sanak saudara mereka yang ditinggalkan perlu kita tenangkan. Luka hati mereka perlu kita balut dengan kasih sayang.

Sebagai tanda kita turut berduka di saat-saat sedih ini, mari kita ringankan beban derita mereka dengan sumbangan.

Biar dunia lihat, umat Islam sentiasa prihatin untuk membela nasib saudara seagamanya.

Hulurkan bantuan anda melalui:

TABUNG Sinar4NZMartyrs
MBB: 5642 7652 9068
SINAR KARANGKRAF SDN BHD

  • Slip/Tanda sumbangan, sila whatsapp ke hp 013-3124164

Semoga ALLAH SWT memberkati apa yang kita usahakan. Amin.

Terima kasih.

#Solidarity4NZMartyrs

#WorldOfCompasssion

Temubual bersama Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf berkenaan pelancaran Tabung Sinar4NZMartyrsrtyrs bantu mangsa tembak Christchurch


Satu tabung khas #Sinar4NZMartyrs dibuka untuk membantu keluarga mangsa yang meninggal dunia dan cedera dalam tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, semalam.

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *