Ramai yang berkongsi cara pembuatan aiskrim sumi jelly yang kini sedang viral di laman sosial. Mingguan Wanita berkongsi resipi aiskrim sumi jelly sumbangan Puan Zarina Arshad.

 

Idea untuk membuat aiskrim Malaysia ini tercetus semasa cuaca panas yang melanda negara sekarang ini. Akuinya, resipi ini mudah disediakan dan boleh dihasilkan dengan banyaknya sesuai dengan kehendak keluarga.
 

 

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air masak
Secubit garam
Sumi Jelly – dibelah 4

Langkah 1

 

Campurkan susu pekat dan susu cair serta 1 tin air. Masukkan garam. Masak atas api sampai garam larut.


Langkah 2

 

Masukkan baki 3 tin air dan kacau rata.


Langkah 3

 

Belah sumi kepada 4 bahagian


Langkah 4

 

Masukkan sumi ke dalam plastik. Beri warna berbeza dalam setiap plastik.

 

Langkah 5


 

Masukkan adunan susu ke dalam botol sos. Tuangkan ke dalam plastik yang telah diisi dengan sumi jelly.


TIP:
•    Bagi kelainan rasa, anda boleh gantikan susu sejat dengan susu berperisa coklat ataupun strawberi.
•    Anda juga boleh menggantikan sumi dengan coklat cip atau pun choki-choki.
•    Aiskrim ini bukan saja digemari kanak-kanak malah orang dewasa juga meminatinya.
•    Boleh tambahkan esen vanila agar bau aiskrim lebih wangi.


RAHSIA AIS KRIM INI LEBIH MELELEH


Puan Zarina tidak menggunakan tepung jagung, sebaliknya menambah kepekatannya pada susu pekat dan tambahan susu cair serta penggunaan ais masak menjadikan aiskrim lebih gebu. Cubalah!