Dengan kandungan asid tannin, antioksida, vitamin A dan C, Kalsium, zat besi, serat, protein dan karbohidrat secara tidak langsung mempu mengeratkan hubungan intim dan keharmonian suami isteri.

Menurut pakar, selain mengatasi keputihan, mengurangkan cairan dan meningkatkan keanjalan organ wanita, khasiat buah manjakani juga  mampu  mengatasi masalah miss V yang kering. Masa yang sama membantu meningkatkan  hormon astrogen, membersihkan rahim selepas haid dan bersalin, mematikan kuman dalam air kencing,melancarkan percernaan, mencegah kanser servik dan mengurangkan selulit.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengambil manjakani agar memperolehi khasiatnya  jika dilakukan secara semulajadi.  Jawabnya adalah seperti dinyatakan di bawah ini:-

1.    Dijadikan serbuk. Cara tradisional ini sudah diamalkan oleh wanita sejak turun temurun lagi. Selepas dijadikan serbuk, campurkan serbuk manjakani dengan sedikit air bersih kemudian sapukan dibahagian sekitar organ kewanitaan. Hal ini akan membantu mengatasi masalah keputihan, mengurangkan cairan dan meningakatkan keanjalan organ sulit wanita.

2.    Direbus. Minum air rembusan manjakani dipercayai mampu megetatkan organ sulit, melangsingkan tubuh dan menjadikan wanita kelihatan awet muda. Cara merebus  sangat mudah. Ambil tiga biji buah manjakani dan rebus bersama dua cawan air sehingga air berubah  menjadi warna coklat pekat. Biarkan sejuk seketika, kemudian ia boleh dijadikan bahan pencuci organ intim wanita  Untuk lebih berkesan anda boleh minum air rebusan manjakani.

3.    Dicampur dalam nasi.  Buah manjakani juga boleh dimakan bersama nasi, caranya dengan memasukkan beberapa biji manjakani ke dalam nasi yang sedang mendidih. Bila nasi telah kering, ambil manjakani tersebut kemudian potong kecil-kecil dan makan bersama nasi yang masih panas.

4.    Campur dengan  bahan masakan atau rempah ratus.  Buah manjakani yang  dicampur dengan bahan masakan  atau rempah ratus dipercayai dapat mengatasi penyakit Cyst Caranya adalah dengan mencampurkan buah manjakani dengan beberapa bahan semulajadi seperti kayu putih, buah pinang muda, rempah ratus, kunyit putih dan sirih.  Rebus ramuan ini dan minum airnya sekali sehari.

5.     Campur dengan madu. Buah manjakani ditumbuk hingga halus, kemudian campurkan dengan 50 ml madu, kacau hingga rata kemudian minum . Cara ini dapat membantu membunuh kuman-kuman dalam saluran kencing dan  minuman ini jika diambil secara rutin ia boleh merangsang ghairah seksual suami isteri.