Syarat- Syarat Permohonan Sumbangan

SOP DAN SYARAT-SYARAT PEMOHANAN SUMBANGAN

  • Pemohanan dihantar selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh acara berlangsung.
  • Permohonan yang kurang dari 30 hari sebelum acara tidak akan diproses.
  • Sebarang bentuk permohonan berbentuk wang tunai tidak akan diproses.
  • Sebarang bentuk sumbangan daripada pihak Kumpulan Karangkraf adalah dilarang untuk tujuan penjualan.

PROSEDUR UNTUK PERMOHONAN SUMBANGAN:

Permohonan secara bertulis berserta dengan kepala surat rasmi sahaja yang akan diterima dan
diproses.

Nyatakan perkara-perkara berikut di dalam surat permohonan anda:

  • Tarikh dan waktu acara berlangsung.
  • Bentuk sumbangan yang dimohon
  • Anggaran Jumlah Tetamu
  • Tujuan sumbangan di mohon
  • Nombor telefon bimbit dan alamat email untuk dihubungi

Setiap permohonan yang telah diluluskan, akan dimaklumkan melalui emel.

Sila cetak emel jawapan dari pihak kami dan bawa bersama semasa mengambil sumbangan tersebut dan haruslah diambil sendiri oleh pemohon di premis Kumpulan Karangkraf.

Berikut merupakan alamat rasmi bagi permohonan sumbangan:

Komunikasi Korporat, Kumpulan Karangkraf, Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor D.E.

Emelkan ke alamat corpcomm@karangkraf.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 – 5101 7341 / 03 – 5101 7344