Syarat-syarat untuk lawatan ke Karangkraf

SYARAT-SYARAT UMUM
 
Waktu lawatan adalah dari hari Isnin hingga Khamis sahaja. Tiada sesi lawatan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Hanya akan ada dua sesi lawatan sahaja untuk setiap hari iaitu pada jam 9.00 pagi dan 2.30 petang.

Setiap lawatan akan mengambil masa kira-kira tiga jam. Jumlah maksimum untuk setiap kumpulan lawatan adalah seramai 50 orang sahaja.
 
Hanya lawatan berkumpulan sahaja yang akan diterima. Permohonan  lawatan individu tidak akan diterima.
 
Atas aspek keselamatan, bagi permohonan lawatan dari sekolah rendah, hanya pelajar tahap dua sahaja iaitu tahun 4,5 & 6 yang akan diterima. Pelajar Prasekolah, tahun satu, dua dan tiga tidak dibenarkan.

PROSEDUR UNTUK MEMOHON MEMBUAT LAWATAN

1-Permohonan secara bertulis berserta dengan kepala surat rasmi sahaja yang akan diterima dan diproses. Nyatakan perkara-perkara berikut di dalam surat permohonan anda:

  • Tarikh cadangan lawatan dan masa sesi
  • Objektif lawatan
  • Jumlah pelawat serta pengiring
  • Nama, nombor telefon bimbit dan email wakil untuk dihubungi

2- Permohonan perlu dibuat seawal sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh lawatan. (Sekiranya tarikh tersebut penuh, kami akan menghubungi anda untuk cadangan tarikh yang lain)
 
3- Surat rasmi perlu dialamatkan kepada :

Unit PR- Lawatan,
Group Corporate Communication,
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd,
No. 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor
 Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor

Emelkan ke alamat lawatan@karangkraf.com
 
4- Kami akan memproses surat dan membalas emel permohonan. Sila hubungi eksekutif kami di talian
03-51017341-7344 sekiranya anda tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak kami selepas 7 hari bekerja atau jika terdapat sebarang pertanyaan.